E-WALLET MALAYSIA | CT POS SULUTIONS
E-WALLET MALAYSIA | CT POS SULUTIONS

Apabila kerajaan Pakatan Harapan melancarkan kes fiskal 2020 sebelum ini, kerajaan ingin mempercepatkan Malaysia kepada era tanpa tunai dimana kerajaan akan memberi RM30 kepada seluruh rakyat Malaysia bermula pada 15 Januari hingga 14 Mac 2020 melalui e-Tunai Rakyat. Ini adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk menggunakan e-Dompet. Oleh itu, langkah langkah untuk mendapatkan RM30 e-dompet kredit adalah tertera seperti dibawah pada hari pengagihan!

Semua rakyat Malaysia 18 tahun keatas dan jumlah gaji tahunan kurang daripada RM100,000 , rakyat Malaysia yang mempunyai e-Dompet akaun dan mempunyai pengesahan kad pengenalan adalah layak untuk mendapat duit e-Dompet bermula dari 15 Januari sehingga 14 Mac 2020. Platfom e-Dompet yang ditetapkan(Touch ‘n Go, Grab, atau Boost e-Dompet) daripada kerajaan!

For Touch ’n Go eWallet

Pertama sekali, selepas membuka aplikasi Touch ‘n Go e-Wallet di telefon anda, tekan butang “ Verify Account Now! ” di halaman utama.
Selepas itu, anda perlu mengambil foto bahagian hadapan Kad Pengenalan Malaysia (sama ada Kad Pengenalan Malaysia, Kad Pengenalan Tentera Malaysia ataupun passport) dan anda perlu mengambil foto selfie dan tekan butang “Let ’s Go!”
Seterusnya, anda perlu mengisi borang maklumat peribadi dan hantar kepada pihak berkenaan untuk mengenalpasti akaun anda. Kebiasaannya, masa yang di ambil untuk mengenalpasti adalah 24 jam selepas selesai langkah berikut.

For Boost e-Wallet

Pertama, anda perlu buka aplikasi Boost di telefon anda dan tekan ikon e-Dompet di sebelah kanan atas, dan tekan “Upgrade Now”
Selepas itu, tekan “Okay, Got it”, pilih warganegara dan tekan “Take ID Photo”
Selepas mengambil foto bahagian depan kad pengenalan Malaysia, anda perlu untuk mengambil foto ‘selfie’ dan pihak berkenaan akan mengenalpasti akaun anda.
Secara amnya, masa untuk mengenalpasti akaun akan mengambil masa sehingga 48 jam.

For Grab

Pertama sekali, anda perlu membuka aplikasi Grab di telefon anda, dan tekan “Payment” di lama utama, dan anda perlu untuk menekan “Upgrade Now”
Seterusnya, anda perlu tekan “OK, Let’s Go” untuk mengambil foto bahagian depan Kad Pengenalan Malaysia, dan mengambil foto selfie dan tekan “OK, Great” .
Pihak berkenaan akan mengenalpasti akaun anda dan proses mengenalpasti akan mengambil masa sehingga 48 jam.
Setelah menyiapkan langkah-langkah diatas, anda boleh membuka salah satu e-Dompet anda (Touch ’n Go, Grab or Boost eWallet) di telefon pintar anda pada 15 Januari 2020.
*Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa duit ini tidak boleh dipindahkan kepada pengguna lain dan ia perlu digunakan sebelum 15 Mac 2020. Jika tidak, ia akan menjadi tidak sah selepas tamat tempoh!